Adam (dua kanan) bersama ahli keluarga mengaminkan doa di pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Inanam Laut. FOTO Mohd Adam Arinin
Amniera Naziera Amran


Kota Kinabalu: Ibu penyanyi Adam AF2, Noorsarinah Duil, 53, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Queen Elizabeth (HQE), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Inanam Laut, di sini, 11.45 pagi tadi.

Kira-kira 100 ahli keluarga, rakan serta penduduk kampung membantu menguruskan jenazah.

Adam, 34, atau nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman turut membantu menyempurnakan pengebumian arwah ibunya.

Arwah dilaporkan pernah menjalani pembedahan jantung 2 Februari lalu dan berada di bawah pemantauan doktor bagi menjalani rawatan susulan.

Kali terakhir Adam bertemu dengan ibunya pada minggu lalu ketika penyanyi itu pulang ke Sabah dan sempat menemani ibunya mendapatkan rawatan di HQE, dekat sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 12:32 PM