Oleh Shamsudin Husin

Foto Shamsudin Husin

Chukai: Remaja lelaki maut manakala rakannya parah selepas motosikal mereka terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 278.1, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LTP2), Kemaman, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 15 kilometer dari susur keluar Plaza Tol Cheneh menyebabkan Amirul Shazrie Azhar Shah, 19, maut di tempat kejadian Fajrul Imam Mohamad, 19, parah di kepala.

Ketika kejadian 8.30 pagi itu, dua remaja berasal dari Taman Sri Gombak, Batu Caves, dikatakan dalam perjalananan ke Kelantan bagi mengikuti misi bantuan banjir.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal Modenas Elegan 125 ditunggang Fajrul dikatakan terbabas dan merempuh besi penghadang jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 6:02 PM