Ketika banjir kilat melanda baru-baru ini, kereta saya terbabit sama apabila diteng­gelami hingga ke paras separuh pintu.

Apakah yang perlu saya lakukan dalam keadaan begini?

MOHD ATAN DAHAM,

Pahang

Perkara pertama yang perlu perhatikan adalah jangan hidupkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan lebih ba­nyak kerosakan.

Periksa penapis udara pada enjin anda. Jika penapis didapati basah, jangan cuba menghidup­kan kereta.

Jika kereta tidak diinsuranskan bagi perlindungan bencana alam, tentunya anda perlukan bantuan profesional untuk me­ngeringkan kereta anda dengan kipas kuasa tinggi. Ini kerana, kenderaan anda berisiko mengalami masalah kulat yang teruk.

Jangan sekali-kali gunakan pemanas atau peralatan yang mengeluarkan haba untuk me­ngeringkan kereta anda kerana ada kemungkinan petrol dalam tangki sudah meresap ke dalam kereta dan boleh mengundang bahaya.

Enjin yang dimasuki air perlu dibersihkan secara menyeluruh. Minyak pelincir harus ditukar dan buka semua palam pencucuh untuk mengeringkan ruang pembakaran dengan memutarkan enjin bagi mengeluarkan air terkumpul.

Jika minyak pelincir yang ditukar menjadi putih selepas beberapa kali enjin diputar, ia sebenarnya bercampur air dan perlu diganti sekali lagi.

Proses itu sebenarnya rumit dan lazimnya memerlukan khidmat pakar, terutama sekali pencucian karburetor atau pendikit suntikan bahan api.

Selepas enjin berjaya dihidup­kan, sentiasa berhati-hati ketika memandu kereta anda.

Bahagian mikro-elektronik yang basah mungkin mengalami litar pintas dan boleh menimbulkan masalah teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:00 AM