Sibu: Lelaki ditahan polis selepas memecahkan dinding cermin premis syarikat telekomunikasi di Jalan Wong King Huo di sini, hari ini.
Dalam kejadian 2 petang itu, suspek berusia lingkungan 30-an memecahkan dinding cermin dan pintu masuk premis berkenaan menggunakan kayu golf.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Martin Khoo berkata, punca kejadian disebabkan suspek berang kredit prabayarnya telefonnya ditolak RM4 sehari.
Menurutnya, suspek kemudiannya ditahan polis berhampiran kawasan itu tidak lama kemudian.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.