ANTARA barangan yang dirampas. FOTO Twitter/Khalid Abu Bakar
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur:Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) membongkar makmal pemprosesan syabu di Gopeng, Perak.

Dalam serbuan itu, STING merampas 70 kilogram bahan untuk membuat syabu dan menahan empat suspek.

Kejayaan itu dikongsi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitternya, malam tadi.

"Syabas STING @PDRMsia tangkap 4 orang, bongkar makmal proses syabu di Gopeng, Perak. Rampas bahan yang boleh hasilkan lebih 70 kg syabu," katanya.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat berhubung kejayaan terbaru itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 11:09 PM