Presiden MOM Tan Sri Imran pada sidang media. FOTO BERNAMA
Presiden MOM Tan Sri Imran pada sidang media. FOTO BERNAMA
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyerahkan kepada kerajaan sekiranya berminat untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2022.

Menurut Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata, Malaysia mempunyai keupayaan untuk menganjurkan temasya sukan itu.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) semalam dilaporkan menarik balik hak penganjuran kepada Durban, Afrika Selatan sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2022 kerana masalah kewangan.

"Kami di OCM tidak boleh membuat keputusan namun saya percaya Malaysia mempunyai keupayaan untuk menganjurkannya selepas edisi 1998," katanya selepas mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM, hari ini.

Katanya, Malaysia mempunyai kelebihan dalam beberapa acara seperti skuasy, hoki, tenpin boling, berbasikal dan terjun.

Malaysia meraih 10 emas dan menduduki tempat keempat keseluruhan pada edisi 1998 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 9:44 PM