ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam Op Noda.
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Negara ini dianggap ‘lubuk emas’ kepada pelacur warga asing apabila siasatan polis mendapati pelacur dari 12 negara berbeza bergiat aktif di Malaysia.

Pelacur ditahan membabitkan wanita dari Vietnam, Thailand, Indonesia, China, Filipina, Uzbekistan, Russia, Korea, Myanmar, Bangladesh, India dan Uganda.

Kegiatan maksiat dilakukan itu bagaimanapun digempur habis - habisan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui operasi Op Noda dilakukan bermula 6 Mac hingga Ahad lalu di seluruh negara.

Hasilnya 369 wanita termasuk 279 warga asing ditahan hasil pemeriksaan mengejut dilakukan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, melalui Op Noda yang dijalankan di seluruh negara, pihaknya melakukan 80 serbuan ke atas premis hiburan, rumah urut, hotel dan kaki lima.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 9:17 AM