Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim menyampaikan anugerah kepada Tengku Amir Shah di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka, hari ini. - Foto KHAIRUNISAH LOKMAN
Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim menyampaikan anugerah kepada Tengku Amir Shah di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka, hari ini. - Foto KHAIRUNISAH LOKMAN
Rizanizam Abdul Hamid


Melaka: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharifuddin Shah berkenaan menerima anugerah Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged PARA, hari ini.

Majlis penganugerahan itu disempurnakan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Dataran Parawood, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) Para Kem Terendak, Sungai Udang di sini, hari ini.

Putera Sultan Selangor itu menjalani kursus persediaan ketenteraan yang rapi di Akademi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan, bermula 23 September sehingga 5 Disember 2014.

Tengku Amir kemudian meneruskan latihan ketenteraan Commissioning Course Intake 152 sebelum memasuki Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di United Kingdom mulai 3 Mei 2015 hingga 15 April 2016.

Baginda kemudian ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada upacara di Kem Terendak, Melaka, pada 19 Julai tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 10:49 AM
Digital NSTP Subscribe