FAIL Mohd Azren Jamaluddin
Mary Victoria Dass


Iskandar Puteri: Johor Bahru yang disenarai sebagai bandar raya ketiga terbaik di Asia Tenggara pada 2017 oleh firma perunding Mercer menjadi suatu pengiktirafan yang menggambarkan keseimbangan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kerajaan negeri akan terus berusaha bagi mengecapi kedudukan dan pencapaian lebih baik pada masa depan.

"Pembangunan bukan soal membina bangunan cakar langit tetapi pada masa sama kesejahteraan dan nilai kemanusiaan menjadi aspek penting.

 "Kerajaan negeri juga yakin kualiti kehidupan rakyat semakin meningkat pada masa depan," katanya di sidang media sempena majlis penyerahan bantuan misi kemanusiaan konflik di Timur Tengah oleh Johor Corporation (JCorp) kepada Mercy Malaysia.

Mohamed Khaled merangkap Pengerusi JCorp menyerahkan replika cek bernilai RM463,000 kepada Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Hadir sama Presiden JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 3:36 PM