MAYA setuju bintangi filem Munafik 2 selepas dilamar tiga minggu lalu.

Dua kali menyandang gelaran Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia bukan tiket untuk Maya Karin mendabik dada.

Sebagai pelakon profesional, bintang terkenal ini sentiasa mahu menyajikan persembahan terbaik buat pencinta filem Melayu.

Disebabkan itulah Maya bersetuju membintangi filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof yang akan memulakan penggambaran pada 20 Mac ini.

“Saya dilamar Skop Production Sdn Bhd kira-kira tiga minggu lalu dan ia boleh dianggap ‘last minute’. Bagaimanapun, saya setuju berlakon kerana sudah lama menantikan peluang bekerja dengan mereka.

“Sejak 2003 lagi Datuk Yusof Haslam nak ambil saya berlakon, tetapi saya terikat dengan produksi lain. Kali ini barulah kami ada rezeki bekerjasama,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 5:11 AM