Skip this ad x
KOTA Belanda dibina pada 1670.
myMetro

Bagi yang menggemari sejarah, kunjungan ke Kota Belanda, Pulau Pangkor, Perak pastinya mengujakan.

Kota Belanda adalah kubu berusia lebih 300 tahun yang dibina pada 1670 dijadikan sebagai tempat penyimpanan bijih timah dan barang dagangan lain dari Perak oleh Belanda.

Ia turut menjadi kubu pengawasan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal yang membuat sekatan di perairan Selat Melaka. Kewujudannya juga untuk melemahkan saingan pihak British yang juga aktif berdagang di kawasan itu pada ketika itu.

Terletak di kampung Teluk Gedung iaitu perkampungan nelayan pada masa itu, mengunjungi kota ini memberikan pengalaman yang cukup mengujakan.

Seni bina Kota Belanda yang diperbuat daripada batu bata ini juga cukup menarik. Bersiar-siar di taman di hadapan Kota Belanda ini juga menambahkan keseronokan berkunjung ke sini.

Selesai menjelajah di sekitar kota bersejarah ini, kunjungan ke satu lagi tinggalan sejarah yang hanya berhadapan dengan Kota Belanda iaitu Batu Bersurat menambahkan lagi keterujaan berkunjung ke situ.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 10:29 AM