Mayat Ahmad Iman dibawa naik selepas lemas di Sungai Kampung Padang Bual, Jalan Empangan Paya Peda, Jertih, malam tadi. FOTO ihsan PDRM
Mayat Ahmad Iman dibawa naik selepas lemas di Sungai Kampung Padang Bual, Jalan Empangan Paya Peda, Jertih, malam tadi. FOTO ihsan PDRM
Helmy Abd Rahman dan Zaid Salim


Jertih: Remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas di Sungai Kampung Padang Bual, Jalan Empangan Paya Peda, dekat sini, 7 malam tadi.

Mangsa, Ahmad Iman Danish Zailan dari Kampung Bual, dekat sini, ditemui kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan lemas pada kedalaman tiga meter.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa sebelum itu dipercayai mandi di lokasi kejadian bersama rakan.

"Sebaik dinaikkan anggota penyelamat, pasukan perubatan terus membuat pemeriksaan, bagaimanapun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 8:17 PM