EMRE Can (kiri) meraikan jaringan ketika menentang Burnley.
Reuters

London: Jika Liga Perdana Inggeris hanya membabitkan enam pasukan teratas ketika ini maka Liverpool, bukannya Chelsea akan dianggap pilihan untuk kejuaraan itu.

Dalam sembilan perlawanan membabitkan enam pasukan sebelum ini Liverpool tidak pernah mengalami kekalahan dan mengumpul 19 mata dan itu sebabnya mereka bakal bertandang ke Manchester City yang kini berada di tangga ketiga liga dengan penuh keyakinan pada Ahad ini.

Kemenangan ke atas City yang bakal merekodkan kemenangan keenam daripada tujuh pertemuan di antara mereka, akan melonjakkan Liverpool mengatasi skuad Pep Guardiola dalam saingan lima kelab untuk merebut tangga kedua, ketiga dan keempat di belakang pendahulu, Chelsea.

Liverpool mempamerkan aksi menakjubkan ketika menentang pasukan yang lebih hebat musim ini dengan kemenangan ke atas Chelsea dan Tottenham Hotspur selain dua kali menewaskan Arsenal. Kemenangan tipis ke atas City di laman sendiri pastinya menambah duka pencabar mereka yang tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Monaco.

Skuad Juergen Klopp bekerja keras sebelum menang 2-1 ke atas Burnley hujung minggu lalu apabila lawan mereka beraksi menerusi Piala FA tetapi bekas penyerang Liverpool John Aldridge berkata, kutipan mata dan bukannya gaya permainan menjadi keutamaan ketika ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 7:11 AM