LONGGOKAN sampah di tepi Sungai Tebrau, Johor Bahru.
LONGGOKAN sampah di tepi Sungai Tebrau, Johor Bahru.
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Kerajaan negeri mengambil keputusan melantik Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku urusetia sekretariat bagi merangka tindakan operasi bersepadu membabitkan pelbagai jabatan dalam usaha melaksanakan kerja pembersihan Sungai Tebrau.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, keputusan itu diperoleh menerusi pembentangan laporan mengenai sungai itu dalam mesyuarat Exco kelmarin.

“Dalam mesyuarat itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengarahkan saya meminta UPEN dan JPS Johor sebagai sekretariat dalam merangka tindakan bersepadu bagi pembersihan Sungai Tebrau membabitkan pelbagai jabatan.

“Antara agensi yang terbabit dalam operasi bersepadu itu membabitkan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Pejabat Tanah dan Pejabat Pertanian,” katanya pada sidang media, semalam.

Lawatan itu susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang membuat lawatan mengejut di Sungai Tebrau, kesal dengan pembuangan sampah dan pencemaran di sepanjang kawasan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 7:29 AM