AHMAD Cukri sibuk menyiapkan produk untuk Hari Kraf Kebangsaan 2017.
Hartini Mohd Nawi


Penghasilan kraf seramik sama ada untuk kegunaan harian atau hiasan memerlukan ketelitian dan pemilihan bahan mentah sangat penting untuk dapatkan hasil bermutu tinggi.

Prosesnya adalah seperti berikut:

- Bahan mentah iaitu tanah liat dikumpul dan dileraikan supaya hancur.

- Tanah dimasukkan ke dalam mesin ‘belanja’ dengan sukatan 50 peratus air dan 50 peratus tanah.

- Ia mengambil masa enam jam untuk tanah dikisar hancur sepenuhnya. Mesin itu dihasilkan sendiri pengusaha dan pemilik Era Seramik Ahmad Cukri Mat Johor

- Kemudian tanah itu ditapis sebelum dimasukkan dalam acuan labu sayong.

- Tanah liat itu dikatakan mengambil masa 30 minit untuk melekat atau beku sepenuhnya di dalam acuan tadi.

- Selepas lima jam, acuan dibuka untuk mengeluarkan tanah liat yang membentuk labu sayong itu.

- Kraf itu diberi kemasan corak pilihan termasuk daun pinang menggunakan mesin khas dinamakan ‘pottery wheel.’

- Masa dua hari diperuntukkan untuk menjemur labu sayong itu jika cuaca panas.

- Proses terakhir adalah meletakkan labu sayong itu ke dalam mesin pembakar moden selama sembilan jam dalam suhu 1,000 darjah Celsius.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 6:15 AM