X
Amir Abd Hamid


Hulu Selangor: Fenomena kepala air dipercayai punca menghayutkan lapan kanak-kanak dalam kejadian di Sungai SKC, dekat Kampung Timah, Bukit Beruntung, semalam.

Tragedi kira-kira 6 petang semalam itu, merentap lima nyawa, dua kanak-kanak masih hilang manakala seorang terselamat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata, semua jenazah sudah dituntut keluarga masing-masing.

“Berdasarkan siasatan tiada sebarang unsur jenayah. Mereka disahkan meninggal dunia akibat lemas.

"Kejadian berlaku selepas hujan lebat kira-kira dua jam turut menyebabkan fenomena kepala air dan sungai menjadi tiba-tiba deras,” katanya.

Beliau berkata demiian dalam sidang media di markas operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Sehingga 12.15 tengah hari, Muhammad Aiman Kamarul, 12, dan Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10, masih belum ditemui.

Supramaniam berkata, mangsa terselamat Muhammad Shahir Azman, 12, masih trauma dan sudah dibawa menerima rawatan di Ipoh, Perak.

Lemas

Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12

Amirul Hakimi Khairul Amru, 9

Shahrizwan Abdullah, 10

Shahrizat Abdullah, 12

Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11

Shahrizwan, 10, dan Shahrizat Abdullah, 12, dan rakan mereka, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, dikebumikan di Bukit Beruntung

Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, akan dikebumikan di Kuala Krai Kelantan Muhammad Iskandar Shah Abdullah, 11, di kebumikan di Kuala Selangor

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 1:13 PM