Antara formasi menarik dipersembahkan pasukan Black Eagle Korea Selatan. - Foto DANIAL SAAD
Muhammad Hafis Nawawi dan Fardy Bungga dan Sofyan Rizal Ishak


Langkawi: Formasi pertunjukan aerobatik pasukan jet pejuang Black Eagle dari Korea Selatan memukau ribuan pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (Lima'17) hari ini.

Dalam pertunjukan pada 12.45 tengah hari tadi, pasukan yang menggunakan pesawat supersonic T-50B buatan republik itu, mempamerkan 24 gerakan menarik yang mendebarkan penonton.

Antara formasi menarik ialah Rainfall, Bon Ton Roulle, Orchid, Gourd Bottle, Heart and Cupid, Double Helix, Dizzying Break dan Victory Break.

Formasi yang dipersembahkan pasukan Black Eagle Korea Selatan. - Foto DANIAL SAAD

Pesawat pejuang ringan itu mampu terbang selaju 1,640 kilometer sejam pada ketinggian maksimum 14,630 meter dari aras laut.

Pasukan berpangkalan di Wonju AB, Gwanwon, Korea Selatan, itu terdiri daripada 10 juruterbang berpengalaman dan LIMA ’17 medan pertama pertama pasukan berkenaan melakukan pertunjukan udara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 3:24 PM