X
Wilfred (belakang tengah) mencuba eksperimen Liquid Nitrogen pada persembahan sains di PSNCWU, Gunung Keriang Alor Setar.
Wilfred (belakang tengah) mencuba eksperimen Liquid Nitrogen pada persembahan sains di PSNCWU, Gunung Keriang Alor Setar.
Shamzsul Anuar Johan

Alor Setar: Pelbagai aktiviti menarik bercirikan sains, teknologi dan inovasi diadakan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), Gunung Keriang, di sini, sepanjang cuti sekolah ini.

Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah Puzzle Mania, reka dan lumba, Giant Soap Bubble, suka sakat sains dan demostrasi sains.

Pengarah Pusat Sains Negara Mismah Jimbun berkata, pelbagai aktiviti dan pameran sains diadakan di PSNCWU sempena cuti sekolah ini bagi memberi pengalaman baru serta menambah pengetahuan kepada pengunjung yang tinggal di bahagian Utara negeri.

Menurutnya, aktiviti yang dianjurkan dapat memberi impak kepada masyarakat, sekali gus memupuk minat kanak-kanak dalam bidang sains.

Terdahulu, julung kalinya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau membuat lawatan rasmi ke pusat sains berkenaan, hari ini.

Pada lawatan itu, beliau berpeluang mencuba aktiviti yang disediakan seperti pelancaran roket dan demostrasi membuat kincir angin.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pusat Sains yang terletak di kawasan pelancongan Gunung Keriang ini boleh layari laman web www.psn.gov.my, laman sosial Facebook (FB) Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 9:34 PM
Digital NSTP Subscribe