V SHEM (kanan) dan Wee Kiong sasar gelaran Terbuka India.
V SHEM (kanan) dan Wee Kiong sasar gelaran Terbuka India.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Tiada sebarang tekanan dirasai beregu utama lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong biarpun tidak lagi bergelar pasangan nombor satu dunia.

Namun, andai berjaya menjuarai Terbuka India yang akan membuka tirai kejohanan 28 Mac ini pemenang perak temasya Olimpik itu berpeluang cerah kembali menguasai kedudukan dunia.

Bagi V Shem, sama ada ranking jatuh adalah adat resam sukan badminton.

Justeru, tiada apa yang perlu dibimbangkan menjelang Terbuka India ini namun menyasarkan sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir untuk mengulangi pencapaian tahun lalu.

“Bagi kami, tekanan itu sudah biasa dan ia bukan dianggap satu masalah. Malah, saya sendiri tidak bimbang berhubung dengan kedudukan ranking itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 5:10 AM