HM Digital

[email protected]

[email protected] - 22 Mac 2017

•Seorang Orang Kena Tuduh (OKT) berusia 26 tahun melarikan diri ketika dibawa keluar dari lokap Mahkamah Ipoh, jam 4.45 petang semalam berjaya ditahan semula dua jam selepas itu.

•Tiga lelaki ditahan selepas pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Cempaka, kelmarin menemui lebih 69 kg dadah jenis ganja.

•Pengawal peribadi yang menghadapi tuduhan cuba membunuh lima orang awam di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, tahun lalu, menukar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini.

•Seorang koperal polis bertugas di Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dituduh di Mahkamah Sesyen, semalam atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,000 pada April dan Mei tahun lalu.

•Sebanyak 267.5 kg pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses dadah yang keseluruhannya bernilai hampir RM11 juta dilupuskan Polis Johor.

•Lebih 5,000 anak jati Johor berkumpul di Galleria Kotaraya untuk mendaftar permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim.

•Demonstrasi menuruni helikopter menggunakan kaedah 'fast roping' antara aksi menarik yang dipertontonkan kepada pengunjung LIMA'17 hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 6:50 PM