Kaki Muhammad Zayn yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Norsyazwani Nasri


Kuching: Budak lelaki berusia tiga tahun menanggung kesakitan lebih sejam selepas kaki kirinya tersepit di celah lubang saluran kumbahan di rumah kedai dekat Jalan Abdul Rahman Yaakub, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 4.16 petang itu, Muhammad Zayn Zaquwan dipercayai tergelincir ketika berada di dalam tandas di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi pada 4.27 petang, kami dapati didapati bahagian kaki sebelah kiri bahagian tumit kanak-kanak itu masih tersangkut pada lubang saluran kumbahan.

“Anggota bomba bertindak masuk ke tingkat bawah dan memotong saluran kumbahan itu seterusnya menolak kaki kanak-kanak terbabit keluar dari salur berkenaan,”katanya.

Katanya, operasi tamat pada 5.19 petang dan kejadian itu mengakibatkan kanak-kanak berkenaan luka kecil di kaki.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 10:09 PM