Rumah penduduk di Kampung Sungai Pening, Hulu Langat yang dinaiki air, malam tadi. FOTO ihsan bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kajang: Sebuah rumah di Kampung Sungai Pening, Hulu Langat dinaiki air setinggi 0.3 meter akibat banjir kilat 8 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, siasatan awal mendapati banjir kilat itu berpunca daripada limpahan air daripada sebuah parit tersumbat.

"Sehingga  10.45 malam, air masih belum surut namun tiada mangsa yang dipindahkan dan hanya membabitkan sebuah rumah.

"Hujan sejak jam 8 malam tadi memburukkan keadaan hingga mengakibatkan berlakunya limpahan air.

"Kami akan mengawal keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan banjir itu terkawal,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 12:36 AM