ZARINA tunda perancangan apabila berat badan naik selepas bersalin.
Ridzuan Abdul Rahman


Drama bersiri Anak Pontianak pada 2007 menjadi titik awal pembabitan Zarina Anjoulie Mohd Fahizul dalam bidang seni.

Bagaimanapun, hampir 10 tahun bergelar pelakon, Zarina, 31, lebih dikenali dengan kisah kontroversi berbanding bakat sebenarnya.

Namun, itu kisah lama kerana Zarina kini sudah semakin matang dan bergelar ibu kepada bayi comel, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam bulan.

Seboleh mungkin, dia yang kini berstatus ibu tunggal berjanji mengikis imej negatif yang sering dikaitkan dengannya selama ini.

“Saya sudah ada anak dan lebih matang berbanding dulu. Sesuai dengan imej sekarang, saya berhasrat untuk buang cerita negatif yang sering menjadi bualan masyarakat sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 7:02 AM