Moore
Moore
LORRAINE menaburkan abu mayat ibu bapanya di tepi padang pasukan MU di Old Trafford. - MEN
LORRAINE menaburkan abu mayat ibu bapanya di tepi padang pasukan MU di Old Trafford. - MEN
Agensi

Manchester (England): Permintaan terakhir seorang peminat setia Manchester United (MU) berjaya dikotakan apabila abu mayatnya ditabur di stadium bola sepak Old Trafford.

William Moore meninggal dunia pada usia 80 tahun Disember lalu selepas menderita akibat ketumbuhan dalam otak.

Beberapa bulan sebelum itu, dia berjaya memenuhi hasrat menyaksikan MU memenangi Piala FA selepas bintang bola sepak, Luke Shaw, menghadiahkan tiket untuk perlawanan berkenaan yang berlangsung di Stadium Wembley, lapor Manchester Evening News (MEN).

Abu mayat Moore dan mendiang isterinya ditaburkan di padang di Old Trafford hujung minggu lalu.

Moore kerap menyaksikan perlawanan bola sepak di Old Trafford sehingga 15 tahun lalu apabila isterinya Joan mula nyanyuk dan perlu dijaga sepenuh masa.

Selepas Joan meninggal dunia pada Disember 2015 ketika berusia 80 tahun, keluarganya cuba menghiburkan Moore dengan melayan minatnya terhadap MU

Anak perempuannya, Lorraine Phillips, 46, berkata keluarganya memutuskan untuk menaburkan abu mayat ibu bapa mereka di Padang Old Trafford selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan padang itu yang akur dengan kesetiaan Moore terhadap pasukan MU.

“MU sungguh baik hati, malah mengizinkan kami datang pada hari ulang tahun kematian atau kelahiran untuk meletakkan bunga di lokasi abu mayat ibu dan bapa kami ditaburkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 10:57 AM