Mohamad Fahd Rahmat


Muar: Polis menahan bapa dan anaknya selain merampas lebih tiga kilogram dadah jenis heroin dalam serbuan di kediaman di Sungai Abong Muar, kira-kira 5 petang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek berusia 60 tahun berkenaan ditahan terlebih dahulu ketika memandu kereta dalam keadaan mencurigakan pada 3 petang hari yang sama di sekitar kediaman suspek.

"Pemeriksaan ke atas kereta itu kemudiannya menemui beberapa bungkusan kecil mengandungi dadah jenis heroin seberat 108 gram.

"Berikutan penemuan terbabit, pihak polis kemudiannya membuat serbuan di kediaman suspek di Sungai Abong, di sini kira-kira 5 petang sebelum menemui dadah jenis sama seberat 3.175 kilogram.

"Dalam serbuan terbabit, anak lelaki suspek berusia 37 tahun turut berada dalam rumah berkenaan dan dia turut ditahan selepas disyaki terbabit sama," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 2:29 PM
ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Adi Safri
ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Adi Safri