Kuala Lumpur: Ahmad Fazli Sham (gambar depan) bertekad memberi aksi terbaik untuk memburu podium di samping membantu pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mempertahankan gelaran pasukan terbaik dalam kelas perdana CP150 menjelang saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor, bermula hari ini.

Naib juara CP130 musim lalu itu memilih untuk hanya beraksi dalam saingan Kejuaraan Cub Prix bersama rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin dan Abd Muhaimin Roslan berbanding turut beraksi dalam saingan Underbone di Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) musim lalu.

Ini membolehkan pelumba berpengalaman yang juga juara dua kali Expert 2007 dan 2008 itu memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan tempatan manakala tugas dalam saingan ARRC digalas dua pelumba muda, Haziq Fairuz dan Akid Aziz.

“Saya sudah beraksi dalam era dua lejang dan kemudian beralih ke era empat lejang. Sepanjang belasan tahun beraksi dalam kejuaraan ini, saya memenangi perlumbaan dengan menggunakan jentera Yamaha SS, Yamaha 125Z, Yamaha Lagenda dan kini Yamaha Y15ZR.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 7:57 AM