TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-53 sebentar tadi mengesahkan pemilihan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai presiden baru bagi penggal 2016-2021.

Usul yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin itu mendapat sokongan penuh daripada perwakilan bagi membolehkan Tunku Ismail menang tanpa bertanding susulan seorang lagi calon Tan Sri Annuar Musa menarik diri Khamis lalu.

Tunku Ismail, 33, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT) melakar sejarah Presiden FAM termuda untuk mengambil alih kerusi yang ditinggalkan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan Exco baru FAM yang sepatutnya berlangsung pada 2018 dipercepatkan selepas Tengku Abdullah membuat keputusan meletakkan jawatan September 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 11:19 AM