Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ruslan Hassan (kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada barisan anggota yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang ketika Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 210. FOTO Muhammad Hatim Abd Manan
Salman Hamat


Melaka: Pegawai Jabatan Imigresen berusia 31 tahun ditahan di pejabat Jabatan Imigresen, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, MelakaTengah, 5.30 petang semalam bagi bantu siasatan kes rogol membabitkan wanita warga Thailand

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Ruslan Hassan, polis akan mendapatkan tahanan teman terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Siasatan juga membabitkan dakwaan persetubuhan luar tabii, ini adalah berdasarkan laporan doktor memeriksa mangsa," katanya.

Beliau berkata, demikian selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-210 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, hari ini.

Harian Metro, Rabu lalu melaporkan seorang wanita warga Thailand membuat laporan polis selepas mendakwa kakaknya berusia 32 tahun yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah premis di Melaka Raya dirogol pegawai terbabit.

Kejadian itu berlaku ketika sesi rakaman percakapan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah, 9 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 11:44 AM