Anggota APM Langkawi menunjukkan ular tedung sepanjang tiga meter yang berjaya ditangkap di Kompleks Kraf Langkawi. - Foto ihsan APM
Hamzah Osman


Langkawi: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang tiga meter di Kompleks Kraf Langkawi di Teluk Yu di sini, hari ini.

Ular tedung selar jenis rotan itu berjaya ditangkap ketika berada dalam longkang sambil membaham biawak.

Pegawai APM daerah, Mohd Tajjul Arif Md Ansor, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan ular itu kira-kira 6.24 petang dan lima anggota APM dikejarkan ke lokasi.

“Usaha menangkap ular dilakukan berhati-hati kerana ia agresif dan berjaya ditangkap dalam masa 15 minit," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau meminta orang ramai supaya menghubungi APM kerana ular biasanya berpasangan.

“Ular ini bahaya kerana bisanya boleh membunuh dalam masa singkat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 11:05 PM