TUNKU Ismail (kanan) mahu  ahli gabungan meletakkan program pembangunan sebagai agenda utama. FOTO Osman Adnan
TUNKU Ismail (kanan) mahu ahli gabungan meletakkan program pembangunan sebagai agenda utama. FOTO Osman Adnan
Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat semua program pembangunan akar umbi termasuk Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) seharusnya dilaksanakan oleh ahli gabungan dan bukannya Kementeria Belia dan Sukan (KBS).

Jelas Tunku Ismail, menjadi tanggungjawab badan induk tempatan itu untuk mengurus dan menyeliakan apa jua program membabitkan bola sepak di negara ini tanpa campur tangan organisasi lain.

“Kalau betul FAM badan yang bertanggungjawab kepada seluruh bola sepak di negara ini, saya tak faham mengapa kita perlu ada organisasi lain untuk membangunkan akar umbi,” katanya ketika sesi bertemu penyokong bola sepak kebangsaan, kelmarin.

Menurutnya, KBS seharusnya menghormati FAM selaku badan pentadbir sukan nombor satu negara dengan menyalurkan bajet pembangunan sekiranya berminat untuk sama-sama membantu mereka.

Katanya lagi, disebabkan sistem yang berasingan ini ia membuatkan kebanyakan ahli gabungan FAM ‘tidur’ dan tidak meletakkan program pembangunan sebagai agenda utama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2017 @ 1:02 AM