Anggota bomba membantu mangsa banjir. FOTO ihsan bomba

Taiping : Hujan lebat lebih tiga jam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat sejak 6 petang tadi.

Keadaan itu turut menyebabkan empat penduduk yang terperangkap di Jalan Kampung Masjid Batu 14 Jalan Kuala Kurau, Kamunting, di sini, terpaksa dipindahkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Kamunting.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.16 malam dan sepasukan anggota diketuai Ketua Operasi, Wan Abu Seman, bergegas ke tempat kejadian.

"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan terdapat sebatang pokok tumbang menghalang laluan.

"Berikutan itu, tindakan memotong dan mengalihkan pokok tumbang itu terpaksa dilakukan terlebih dulu sebelum bergerak ke lokasi banjir kilat," katanya di sini.

Beliau berkata, sebaik tiba di kampung berkenaan, pihaknya mendapati air naik sehingga paras 0.9 meter dan menggunakan bot untuk menyelamatkan empat penduduk yang terperangkap itu.

Katanya, setakat jam 10 malam ini, didapati air mulai surut dan operasi serta pemantauan dilakukan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 11:58 PM