JANNA akui banyak perbezaan antara berlakon filem dengan drama.

Pertama kali membintangi filem, Janna Nick akui tidak mudah malah dia meletakkan filem di satu tahap tertinggi yang bukan semua orang mampu melakukannya.

Menerusi filem Kimchi Untuk Awak, Janna melakonkan watak antagonis sebagai Zara.

“Ini adalah filem pertama saya begitu juga dengan beberapa pelakon lain dan pengarah Michael Ang.

“Bagi saya, filem pertama susah untuk kita mengharapkan yang terbaik. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan filem ini,” katanya.

Memandangkan tidak banyak babak, Janna mengakui dari segi itu dia tidak puas dan berharap diberikan lebih peluang melakonkan watak jahat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 2:35 AM