EDEN Hazard. FOTO Reuters
AFP
London: Bintang Chelsea, Eden Hazard (gambar) akan memutuskan mengenai perpindahan ke Real Madrid hujung musim ini dengan kelab gergasi Sepanyol itu sedia memecah rekod dunia yuran perpindahan, menurut bekas presiden kelab itu Ramon Calderon.

Pemain tengah Belgium itu mempunyai kontrak dengan pendahulu Liga Perdana Chelsea hingga Jun 2020 namun Hazard, yang meminati jurulatih Real Zinedine Zidane sejak kecil, beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Bernabeu.

Namun Calderon mengakui Real perlu membayar rekod dunia £100 juta (RM548 juta) bagi memastikan perpindahan itu menjadi kenyataan.

“Chelsea bukannya kelab yang sering menjual pemain, jadi ia tidak mudah, tapi seperti biasa ia bergantung kepada hasrat pemain itu sendiri. Jika dia mahu berpindah, dia akan melakukannya,” ujar Calderon.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 7:53 AM