JOHAN Marjonid menerusi ‘Biar Pohon Ini Yang Bercerita I’.
CHOO Beng Teong menerusi ‘Red Jungle Fowl’.
SENTUHAN Monica Lee menerusi ‘Cannor’.
DR Ngeoh Chin Boon dalam ‘The Capture’.
KOLEKSI Jaafar Taib bertajuk ‘Purple Swamphen VI’.
Siti Salmiah A Hamid


Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia sentiasa bergiat aktif dalam aliran seni dengan memberi peluang kepada artis tempatan mengetengahkan idea dan kreativiti seni halus.

Pameran Lestari Alam yang berlangsung ketika ini membawa keajaiban alam semula jadi negara menerusi karya yang dihasilkan seniman kontemporari terpilih.

Karya berkenaan bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai khazanah alam dan peranan serta kepentingan masyarakat dalam mengekalkan keseimbangan alam yang kian terancam.

Pameran dibahagikan kepada lima unsur alam iaitu darat, air, langit, korporat dan kreatif serta bahagian aktiviti kanak-kanak.

Setiap bahagian mewakili hidupan yang sudah lama mengabdikan diri pada suasana alam berkenaan.

Seramai 15 artis dari seluruh negara mengambil bahagian dengan menampilkan 79 karya dalam genre realisme.

Ia turut memperlihat­kan bakat terpendam 13 kakitangan bank dengan menyumbangkan 25 hasil seni untuk tatapan orang ramai.

Antara artis berkenaan termasuklah Abd Rasid Yusof, Adrian Ho, Zaharuddin Sarbini, Yeap Tho Seng, Johan Marjonid, Monica Lee dan Jaafar Taib.

Sama ada menggunakan medium akrilik di atas kanvas, cat air di atas kertas atau media campuran, semua pelukis bersatu dengan menyampaikan seruan seni alam kepada masyarakat.

INFO

LESTARI ALAM

• Artis: 28 artis

• Jumlah karya: 79

• Lokasi: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang, Kuala Lumpur

• Tarikh: Sehingga 18 Jun 2017

• Masa: 10 pagi hingga 6 petang

• Telefon: 0391792784

• Web: www.museumbnm.gov.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 10:46 AM