FOTO Zulfadhli Zulkifli
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) di Taman Botani Perdana dibuka secara rasmi, hari ini.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan Kartunis Malaysia, Mohd Desa Omar, berkata antara kartunis hadir adalah Datuk Mohd Noor Khalid atau Lat, Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Mishar, Sailawati dan Rossem.

pqc

FOTO Zulfadhli Zulkifli

"Alhamdulillah akhirnya selepas sekian lama, kami mempunyai rumah sendiri untuk mempamerkan karya seni.

“Hari ini juga cipta sejarah apabila kami menyambut Hari Kartunis Malaysia. Selepas ini, ia akan disambut 1 April setiap tahun," katanya dalam sidang media, di sini.

Sementara itu, Lat berkata, dengan wujudnya RKKM diharap dapat mengumpulkan pelbagai karya menarik untuk tatapan umum.

pqc

FOTO Zulfadhli Zulkifli

RKKM mempamerkan 500 karya hasil tangan lebih 50 kartunis tempatan sejak 1930-an hingga hari ini.

Pengunjung dikenakan bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk penuntut/pelajar/murid.

Bagi mereka yang berkunjung secara berkumpulan, pakej istimewa akan diberikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2017 @ 3:18 PM