Lizam Ridzuan

Majalah digital interaktif Speed & Wheels (S&W) kini memasuki edisi ke-13 dan menyambut ulang tahun pertama bulan ini seraya semakin diterima baik oleh peminat permotoran tempatan dan serantau.

Dilancarkan pada Mac 2016, ia memaparkan berita berkaitan roda atau kelajuan termasuk pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, motosikal dan basikal dalam aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma.

Sejak paparan muka hadapan edisi pertama Porsche Cayman GTS sehingga yang terkini, S&W tidak sahaja menyediakan teks dan foto, malah paparan disertakan dengan video dan audio serta grafik yang menarik untuk tatapan pembaca.

Antara kolum disediakan ialah Tork untuk pandu uji, DIY bagi tip servis dan teknik mudah membaiki kenderaan anda, Masterpiece menampilkan kenderaan modifikasi atau restorasi dan Evolusi pula sejarah perjalanan sesebuah model kenderaan generasi pertama sehingga kini.

Sempena sambutan ulang tahun pertama S&W, kami berpeluang memandu uji model Ferrari, jenama yang gah di seluruh dunia. Menerusi model dua pintu Ferrari California T, ia bukan sahaja kereta supercar berprestasi tinggi, malah dikagumi sejarah kejuruteraan automotifnya berusia 70 tahun.

Edisi S&W boleh dimuat turun secara percuma melalui perisian iOS: https://goo.gl/RupZtR dan Android: https://goo.gl/8RlU4W yang kemudian boleh dibaca secara luar talian (off-line).

Juga untuk pelbagai maklumat dunia permotoran tempatan, anda boleh LIKE dan ikuti kami menerusi laman Facebook: Speed and Wheels dan Instagram: snwmalaysia.

Selain itu, S&W juga menyediakan ruangan khas untuk wanita iaitu Women On Wheels, menampilkan sama ada personaliti, selebriti atau individu yang mempunyai minat tinggi dalam dunia permotoran.

Antara sisi lain yang menarik ialah STT memaparkan kafe, resort, tempat lepak serta pusat aktiviti yang boleh dilakukan secara berkumpulan dan Wheel Tribes pula menampilkan kelab kereta, motosikal serta basikal tempatan yang aktif dengan pelbagai program.

Tidak ketinggalan, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Ir Mohammad Dalib menjadi penulis tamu dalam ruangan Side Mirrors yang berkongsi pelbagai maklumat berkaitan kenderaan anda mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 5:27 AM