Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Enam yang maut selepas MPV dinaiki dihempap treler di KM403 lebuh raya PLUS, dekat simpang Plaza Tol Tanjung Malim di sini, pagi tadi dikenal pasti sebagai Low Wai Loon, 45; Lim [email protected] Leong Choy, 76; Lam Jie Yang, 19; Wong Check Lee, 53; Lam Jie Hong, 13 dan Lam Wai Keat, 38.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, pemandu treler, Muhammad Syahrul Nizam Anuar, 27, cedera.

Laporan awal mendapati, treler terbabit datang dari arah selatan dan terbalik ke laluan bertentangan menyebabkan pelanggaran dengan MPV yang juga dari arah sama.

Semua mangsa yang tersepit sudah dikeluarkan anggota bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 12:18 PM
Enam maut MPV dihempap treler pagi tadi. FOTO ihsan bomba