Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Pelajar sebuah sekolah memandu patah paha kiri manakala tenaga pengajarnya cedera di kepala selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Kuala Kubu Bharu-Rasa, di sini, jam 2 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.03 petang dan jentera tiba tujuh minit kemudian.

"Kemalangan membabitkan kereta Akademi Memandu PS Samy yang dipercayai terbabas seterusnya melanggar sebatang pokok.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) manakala mangsa yang patah paha kiri dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat jam 2.35 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 5:08 PM