PENYOKONG Kedah pasti kecewa apabila Cheng Hoe (kiri) menerima lamaran FAM. FOTO Luqman Hakim Zubir
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Kemenangan besar 6-1 ke atas Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman kelmarin adalah hadiah terakhir jurulatih Tan Cheng Hoe kepada penyokong Helang Merah.

Ini kerana beliau dilaporkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Jumaat lalu dan kini hanya menunggu pelepasan majikannya itu.

Ia pasti berita amat mengecewakan penyokong Kedah yang kini sedang menikmati kemuncak prestasi pasukan di bawah kendalian Cheng Hoe selepas menjuarai Liga Perdana 2015 dan menduduki tangga ketiga Liga Super serta menjulang Piala Malaysia tahun lalu.

Menurut sumber rapat KFA, Cheng Hoe, 49, menerima kontrak yang ditawarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu bukan kerana faktor gaji lebih lumayan.

“Saya dimaklumkan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada KFA tapi belum mendapat maklum balas lagi mungkin dalam sehari dua ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 8:09 AM