BUNGKUSAN dadah yang disembunyikan di dalam torpedo.  Dadah jenis kokain itu dianggarkan bernilai kira-kira RM37 juta.  - Agensi
BUNGKUSAN dadah yang disembunyikan di dalam torpedo. Dadah jenis kokain itu dianggarkan bernilai kira-kira RM37 juta. - Agensi
Agensi

Gibraltar: Polis di sini merampas dadah jenis kokain bernilai £6.5 juta (RM37 juta) yang disembunyikan di dalam torpedo yang dibina khas dan dilekatkan pada badan sebuah kapal yang tiba dari Colombia.

Pegawai menaiki kapal berkenaan untuk melancarkan gerakan mencari dalam operasi dua hari ketika kapal itu berlabuh di Teluk Gibraltar berikutan maklumat yang diperoleh daripada Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat.

Kokain seberat 108 kilo itu ditemui oleh penyelam.

Tiga orang, termasuk kapten dan ketua jurutera kapal berkenaan, ‘Mount Faber,’ ditangkap.

Pegawai kanan polis Gibraltar Superintendan Ian McGrail berkata, kapal itu belayar dari sebuah pelabuhan di Colombia dan singggah di pulau berkenaan sebelum ke Eropah.

“Kami menerima maklumat daripada DEA Amerika Syarikat yang berkata, kapal itu membawa dadah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 8:42 AM