POCHETTINO ketika perlawanan Spurs dengan Burnley. FOTO Reuters
POCHETTINO ketika perlawanan Spurs dengan Burnley. FOTO Reuters
AFP

London: Mauricio Pochettino memberi amaran bahawa Tottenham Hotspur bersedia mengambil kesempatan terhadap apa-apa kesilapan daripada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

Spurs mengurangkan jurang dengan Chelsea kepada tujuh mata selepas kemenangan 2-0 ke atas Burnley pada Sabtu manakala Chelsea dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Crystal Palace di laman sendiri.

Dengan berbaki sembilan perlawanan, Spurs yang berada di tangga kedua tiba-tiba mempunyai peluang mencabar Chelsea buat pertama kali pada musim ini.

Peneraju EPL mungkin bertukar tangan pada petang Rabu selepas Chelsea berhadapan Manchester City di Stamford Bridge manakala Spurs melawat Swansea.

Dengan Chelsea menunjukkan tanda kelemahan, Pochenttino menegaskan Spurs perlu mengambil kesempatan sepenuhnya jika Chelsea tewas lagi.

"Jurang kini tujuh mata. Ia sangat berbeza dengan 10.

"Bagaimanapun, masih banyak usaha yang diperlukan. Ia bukan sahaja bergantung kepada kami, ia juga bergantung kepada kegagalan Chelsea," katanya.

Namun, Pochettino menegaskan Spurs mesti mengambil kesempatan sepenuhnya jika Chelsea tersandung lagi dan penting untuk berada di tangga kedua jika Chelsea gagal.

“Kami berebut untuk Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Walaupun tewas terhadap Palace, nasib Chelsea masih dalam tangan mereka sendiri.

Chelsea memerlukan 21 mata untuk memastikan kejuaraan EPL tetapi Antonio Conte mengaku terlalu awal untuk membuat apa-apa perancangan kejayaan.

"Apa sahaja boleh berlaku terutamanya di England.

"Setiap perlawanan mencabar terhadap terutama dengan pasukan kuat seperti Manchester City.

"Persediaan yang betul sangat penting bagi perlwanan ini. Satu lagi perlawanan sukar," katanya.

City yang berada di tangga keempat perlu kemenangan bagi mengukuhkan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 9:01 AM