Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang melaporkan Jambatan Sitiawan, Manjung mengalami keretakan hingga tular di media sosial. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang melaporkan Jambatan Sitiawan, Manjung mengalami keretakan hingga tular di media sosial. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang melaporkan Jambatan Sitiawan, di sini, mengalami keretakan hingga tular di media sosial sejak Sabtu lalu menimbulkan kebimbangan orang awam yang melalui laluan itu.

Berita palsu itu menimbulkan ketakutan pengguna jalan raya kerana situasi berkenaan mendedahkan pengguna kepada risiko bahaya apabila jambatan itu antara tiga jambatan utama yang menghubungkan Pantai Remis dengan Seri Manjung dan Sitiawan.

Bagaimanapun, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Manjung, Ir Haslina Mohd Isa menafikan dakwaan itu dan menjelaskan sebaliknya ia berlaku di sebuah jambatan yang masih dalam kerja pembinaan di satu lokasi lain di daerah ini.

"Kita sudah hantar kakitangan semalam bagi memastikan ia selamat digunakan oleh penduduk setempat dan mendapati keadaan di situ tidak seperti didakwa.

"Tiga jambatan utama iaitu Jambatan Raja Permaisuri Bainun, Jambatan Semalon dan Jambatan Sitiawan adalah selamat untuk dilalui," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 7:29 PM