Agensi

Suqian (China): Seorang lelaki bernasib malang apabila dilanggar dua kali oleh sebuah kereta yang sama dalam satu kemalangan di bandar ini baru-baru ini.

Satu rakaman kamera keselamatan menunjukkan lelaki itu yang menunggang sebuah basikal elektrik melintas sebatang jalan raya.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebuah van yang dipandu laju melanggar basikalnya.

Pelanggaran itu menyebabkan lelaki itu terjatuh dan terbaring di atas jalan raya sambil memegang tangannya.

Dua individu termasuk pemandu van berkenaan yang dikenali sebagai Qiu dilihat muncul membantu lelaki itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2017 @ 5:33 AM