PINK Star mempunyai 59.60 karat. FOTO AP
PINK Star mempunyai 59.60 karat. FOTO AP
AFP

Hong Kong: Berlian gergasi digelar ‘Pink Star’ (bintang merah jambu) memecahkan rekod dunia untuk permata dijual dalam lelongan apabila dibeli dengan harga AS$71.2 juta (RM316 juta) di Hong Kong, semalam.

Berlian 59.60 karat itu yang terbesar dalam kategorinya yang pernah digred oleh Institut Gemologi Amerika.

Pengerusi Sotheby’s Hong Kong Patti Wong berkata, pihaknya bangga dengan rekod baru dicapai itu.

“Ini rekod dunia baru untuk lelongan bagi semua kategori permata,” katanya.

Bidaan bermula dengan AS$56 juta (RM248 juta) dengan proses berlangsung selama lima minit sebelum berjaya diraih pembida melalui telefon yang disambut tepukan gemuruh

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 7:46 AM