Oleh Shahrul Nizam Mohamad


Kuantan: Tindakan seorang penunggang membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan membawa padah apabila dia terbunuh akibat motosikalnya dirempuh kenderaan pacuan empat roda, di Jalan Air Putih, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi, mangsa Rosheem Mat Rashid, 29, dari FELDA Lepar Hilir, di sini, maut di tempat kejadian.

Pegawai Penguatkuasa Trafik Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

"Menurut saksi, mangsa cuba membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan tanpa menyedari diekori kenderaan pacuan empat roda," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 9:50 AM