Bellingham (Washington): Seorang perompak yang menyesal dengan perbuatannya, keluar dari sebuah bank di sini dan menanti ketibaan polis di luar bangunan bank berkenaan untuk menangkapnya.

Lelaki berusia 64 tahun itu memasuki cawangan Bank Banner awal kelmarin dan mengugut juruwang supaya menyerahkan sejumlah wang, menurut kenyataan yang dikeluarkan polis.

Juruwang berkenaan akur dengan permintaannya.

Lelaki itu, Richard Gorton, mengambil wang berkenaan dan meninggalkan bank berkenaan.

Tetapi, dia tidak melarikan diri, sebaliknya berkeliaran di bangunan itu sehingga polis tiba.

"Dia mengaku melakukan jenayah dan menyesal dengan perbuatannya sebaik keluar dari bank itu," kata polis.

Gorton memberitahu pegawa, dia mengambil keputusan menanti ketibaan polis walaupun berpeluang melarikan diri bersama-sama wang berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:38 AM