X
GOL Ibra yang dibatalkan pengadil.
GOL Ibra yang dibatalkan pengadil.
AFP

Manchester, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan pasukannya patut mengalahkan Everton awal pagi semalam bukannya seri 1-1, sekiranya teknologi video diguna pakai dalam perlawanan itu.

Percubaan Zlatan Ibrahimovic yang menerjah jaring pada minit ke-71 bagi gol penyamaan dibatalkan kerana ofsaid, dengan ulang tayang menyaksikan dia mungkin tidak ofsaid sebelum menanduk masuk melepasi penjaga gol Everton, Joel Robles.

Dia bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan sekali gus memadam gol pendahuluan Phil Jagielka pada minit ke-22, namun Mourinho berkata United dinafikan kemenangan secara tidak adil.

“Dengan VAR (penolong pengadil video), kami menang perlawanan ini 2-1 kerana ia tidak ofsaid,” kata Mourinho.

“Tapi ia sesuatu yang sukar buat penjaga garisan. Saya bukannya mengkritik penjaga garisan itu. Saya hanya menyatakan apabila VAR digunakan, ia akan membantu setiap orang, terutama penjaga garisan dan pengadil.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 7:15 AM
Digital NSTP Subscribe