Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Pejalan kaki wanita parah selepas dilanggar penunggang motosikal ketika melintas di Jalan Burma, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari ketika mangsa berusia 58 tahun melintas seorang diri di laluan melintas pejalan kaki yang disediakan.

Bagaimanapun, ketika mangsa hampir sampai ke seberang jalan, tiba-tiba seorang penunggang motosikal merempuh mangsa menyebabkan mangsa terpelanting di atas jalan manakala penunggang terbabit terus melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata mangsa parah di bahagian kepala dan patah kaki.

"Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk rawatan lanjut. Mangsa sekarang berada di zon merah.

"Sehingga kini,polis sudah berjaya mengesan nombor pendaftaran motosikal terbabit.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 8:42 PM
Wanita yang dilanggar dan penunggang motosikal yang melanggar. FOTO ihsan PDRM
Wanita yang dilanggar dan penunggang motosikal yang melanggar. FOTO ihsan PDRM