FOTO AP

Jakarta: Empat kakitangan pejabat kawalan trafik udara (ATC) Juanda, Surabaya ditukar jabatan serta-merta berikutan perlanggaran jadual operasi laluan penerbangan Surabaya-Singapura oleh AirAsia Indonesia, sebelum ini.

Keputusan itu dibuat susulan Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB) pada Sabtu, membekukan laluan Surabaya-Singapura bagi semua penerbangan pesawat syarikat itu berikutan tragedi pesawat QZ8501 di Laut Jawa, Ahad lalu.

“Kita bertindak menukarkan GM AirNav Indonesia Juanda, pengurus kanan, dan pengurus. Empat orang ini adalah orang yang bertanggungjawab dan tidak meminta keizinan," kata Pengarah Keselamatan dan Standard AirNav Indonesia, Wisnu Darjono, hari ini.

Katanya, penerbangan AirAsia Indonesia pada musim panas akan terbang pada Isnin, Rabu, Jumaat, dan Ahad atau 1, 3, 5 dan 7.

"Jadual laluan di Surabaya-Singapura memang tersedia pada 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan 7 (Isnin hingga Ahad). Pihak ATC Juanda tidak tahu KEMENHUB mengeluarkan keizinan AirAsia pada 1, 2, 4, dan 6 (pada musim sejuk).

"Surat arahan (musim sejuk) ini tidak sampai ke lapangan, hanya ke pusat saja. Sekarang semua (staf juga) diperiksa," katanya.

AirNav Indonesia seperti dilaporkan media negara itu juga mengakui melakukan kesilapan berhubung arahan KEMENHUB yang tidak sampai ke pihak ATC di Surabaya.

“Rakan-rakan saya salah, faktanya memang salah. Rakan kami tidak ambil perhatian soal surat kebenaran (KEMENHUB)," katanya Wisnu. - Detik.news

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 4:29 PM