Jentera digunakan bagi membersihkan kawasan kandang lembu haram ketika operasi oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terhadap kandang lembu di sekitar kawasan Sri Gombak. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Jentera digunakan bagi membersihkan kawasan kandang lembu haram ketika operasi oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terhadap kandang lembu di sekitar kawasan Sri Gombak. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Ardyhansah Amat


Gombak: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merobohkan dua kandang lembu yang dibina secara haram, di sekitar Sri Gombak,di sini,hari ini.

Penolong Pejabat Kesihatan Persekitaran MPS Muhammad Suhaimi Rosli berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua penternak lembu itu beroperasi secara haram di lokasi yang agak jauh dari jalan utama iaitu berhampiran Sri Gombak Townvilla dan Taman BukitPermata.

"MPS menerima aduan penduduk mengenai kehadiran haiwan berkenaan sejak akhir tahunlalu.

" Haiwan berkenaan kerap memasuki kawasan perumahan penduduk sehingga menyebabkan kacau ganggu selain pencemaran bau berlaku," katanya kepada media, hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati lembu itu diternak tanpa permit sah sekali gus melanggar Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971, yang menetapkan larangan penternakan lembu di kawasan MPS.

"MPS sudah menyerahkan notis larangan berkenaan dan memberi tempoh 14 hari kepada pemilik mengalihkan atau memindahkan haiwan berkenaan.

" Bagaimanapun, struktur kandang masih berada di lokasi,menyebabkan kami mengambil keputusan untuk merobohkannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 3:10 PM